Menurut kajian yang dijalankan di Manchester Metropolitan University (MMU), bukan semua makanan tidak boleh dimakan selepas jatuh ke lantai dalam jangka masa 3, 5 dan 10 saat. Ia bergantung kepada jenis makanan dan kandungan makanan itu sendiri.
Kajian menunjukkan makanan yang jatuh tinggi kandungan gula atau garam adalah lebih selamat dimakan dan kurang dijangkiti bakteria. Ini termasuk makanan yang telah diproses, menjadikan ia salah satu kelebihan kerana selalunya mengandungi kandungan gula dan garam yang tinggi.
Makanan lain seperti buah kering dan pasta yang telah dimasak menunjukkan kehadiran klebsiella selepas 3 saat jatuh ke lantai, satu bakteria yang mampu memberi pelbagai penyakit. Selain itu biskut tidak mendapat sebarang penyebaran bakteria walaupun selepas 10 saat jatuh ke lantai kerana ia kurang kandungan air.
0 komentar:
Posting Komentar